Monday, March 29, 2010

I-CITY Sebagai Salah Satu Destinasi Pelancongan


SHAH ALAM – Bandar i – City yang dibina diatas tapak seluas 29.14 hektar itu merupakan salah satu ikon terbaru yang bakal menjadi salah satu destinasi pelancongan yang terhangat di Malaysia.

Bandar futuristik yang direkabentuk oleh arkitek terkemuka dunia, Jon Jerde dari Amerika Syarikat ini telah mengabungkan ruang terbuka, tasik dan seni taman yang menyerupai Silicon Valley di Amerika Syarikat.
Bandar yang menelan belanja sebanyak RM 1.5 billion ini, bakal di kunjungi oleh 30 juta pengunjung setahun yang terdiri daripada dalam dan luar negara .
Menurut Pengarah Eksekutif I-Bhd, Monica Ong memberitahu``Fasa pertama projek ini yang bernilai RM500 juta akan dilancarkan akhir bulan depan dan mengandungi tiga komponen utama iaitu kedai pejabat, pusat jualan runcit dan pusat inovasi.''
Salah satu tarikan yang menarik di sini ialah ‘City Walk’ yang menelan kos sebanyak RM40 juta untuk membangunkan infrastruktur - infrastruktur yang berlandaskan teknologi cahaya dan suara. Apa yang menariknya, ‘City Walk’ dipenuhi oleh limpahan cahaya lampu yang berwarna warni berbentuk pokok – pokok citrus. Terdapat juga laluan pejalan kaki yang mempunyai lantai yang berlampu di bawahnya dengan pelbagai warna, sekali gus membolehkan teknologi dunia ICT diaplikasi.
Selain daripada itu, sebanyak 200 buah kedai pejabat akan dibangunkan di sepanjang laluan dan sekitar kawasan ‘City Walk’ yang terdiri daripada pusat membeli belah, menara-menara korporat serta pejabat-pejabat, hotel-hotel serta apartmen denganperkhidmatan yang memuaskan.
Teknologi merupakan satu komponen tunjang dalam keseluruhan ekosistem, apabila bandar itu siap sepenuhnya. Bandar ini juga bakal dijadikan sebagai salah sebuah tempat yang mempunyai persekitaran kondusif yang merangkumi tiga aspek utama iaitu pendidikan, hiburan dan ICT atupun Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam satu.
Selain daripada itu, terdapat banyak kelebihan yang boleh didapiti dibandar ini. Antaranya ialah pengunjung boleh mengalami kepuasan maksimum dalam melayari internet dimana terdapat perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi dan pantas berukuran 20Mbps. Melauli aplikasi ini pengunjung boleh membeli belah secara online, melekat dan memindahkan fail, menggunakan
komunikasi suara dan mengakses video dengan lebih mudah dan cepat.

No comments:

Post a Comment