Tuesday, March 30, 2010

Cara - cara Menangani Stress

1. Hidroterapi boleh membantu mengurangkan kadar dengutan jantung yang kadang kala boleh menyebabkan stres. Cuba mandi dengan air sejuk bagi mengimbangi metabolisme. Semasa anda mandi, biarkan aliran air mengalir di sebelah kanan tangan. Kemudian, barulah dibasahkan di bahagian belakang badan. Semasa melakukan ini, pastikan air mengalir di bahu kanan dan barulah di sebelah kiri.

2. Bersenam 20 minit setiap sesi, sekurang-kurangnya tiga kali seminggu dapat meningkatkan kesihatan fizikal dan emosi.

3. Ubah suai persekitaran anda untuk menyingkirkan pencetus tekanan. Pilih persekitaran selesa dan bersesuaian diri anda.

4. Menguap boleh membantu anda relaks dengan meregangkan otot-otot, meningkatkan pengambilan oksigen dan menghilangkan tekanan.

5. Penggunaan minyak bunga lavender di seluruh badan selepas mandi boleh membantu mengurangkan tekanan. Ini kerana agen aktif minyak lavender akan meresap di dalam kulit dan hidung sekali gus menghilangkan stres.

6. Kekacang juga adalan sumber vitamin dan mineral yang menyokong sistem kardiovaskular. Memakannya membantu mengurangkan stres dan meningkatkan penumpuan.

7.Terimalah diri anda seadanya dan cuba menyukai diri sendiri. Realistik terhadap keupayaan anda dan tetapkan matlamat yang boleh dicapai. Cuba lakukan sesuatu yang menimbulkan kepuasan.

8. Seimbangkan masa kerja dan bermain. Peruntukan masa untuk hobi dan rekreasi.
Rehat dan tenangkan diri anda dengan mandi wap, berurut, meditasi, membayangkan pemandangan yang menenang dan merehatkan serta, menarik nafas panjang akan merehatkan otot-otot.


9. Amalkan gaya hidup sihat seperti pemakanan sihat dan tidur yang cukup.
Dapatkan sokongan dan bantuan sebelum tenggelam punca. Kongsi masalah dan perasaan dengan seseorang yang boleh dipercayai seperti pasangan hidup, ahli keluarga, rakan-rakan dan pemimpin agama.

10. Tingkatkan kemahiran anda. Bersedialah untuk membuat sesuatu keputusan dan menangani masalah dengan berkesan. Lengkapkan diri anda bagi menjawat pekerjaan atau kerjaya yang memuaskan.

11. Luahkan perasaan anda dengan menangis atau ketawa semahunya.
Uruskan masa dengan baik. Senaraikan perkara yang perlu dilakukan mengikut kepentingan.
Elakkan menerima kerja yang terlalu banyak.

12.Bijaksana dalam membuat keputusan. Pertimbangkan baik buruknya sebelum memutuskan sesuatu.

13.Belajar menerima kelemahan diri. Jangan gusar mengenai perkara di luar kawalan. Berfikir secara positif dan renungkan kembali pencapaian dan kejayaan dimiliki apabila berasa tertekan.

14.Bina silaturahim yang baik dengan ahli keluarga dan rakan-rakan. Biarkan diri anda berasa disayangi, dihargai, dihormati dan mempunyai tempat mengadu. Jujur dan bertimbang rasa dalam perhubungan.

Belon Uadara Panas




ATAS sambutan luar biasa di edisi sulungnya, Pesta Belon Udara Panas Antarabangsa Putrajaya (PBUPAP) kembali untuk tahun kedua selama empat hari mulai 18 sehingga 21 Mac depan.sub heading: Kembali untuk tahun kedua pada 18 hingga 21 Mac Tahun lalu, ia menarik kira-kira 150,000 pengunjung ke Putrajaya. Mereka yang hadir dapat menyaksikan 13 belon udara panas mewakili Perancis, Jepun, Belgium, New Zealand, Thailand, Korea Selatan, Filipina, Amerika Syarikat dan Indonesia.

Orang ramai turut berpeluang menaiki lima belon udara panas antara jam 8 pagi hingga 11 pagi dan 6 petang hingga 9 malam. Mereka perlu datang awal ke tapak pelancaran berhampiran Monumen Alaf Baru di Presint 2 untuk mengelak beratur panjang dan harga dikenakan berpatutan.
Pelbagai acara lain diadakan, antaranya aksi sukan paramotor dan paragliding, pertunjukan kapal terbang kawalan jauh dan layang-layang. Lebih menarik, mereka yang berangan-angan ingin mengalami gaya hidup hartawan ala Donald Trump boleh mencuba menaiki helikopter yang beroperasi antara 8 pagi hingga 12 tengah hari, dan 3 petang hingga 7 malam.
Untuk kanak-kanak, ada pertunjukan badut, silap mata, seni pasir, inai, membuat tatu lekap, mewarna, membuat kapal terbang kertas dan bermain tanglung. Di sebelah malam, anda boleh menyaksikan pertunjukan bunga api. Acara itu dianjurkan Perbadanan Putrajaya dengan kerjasama Persekutuan Sukan Udara Malaysia dan AKA Balloon Bhd.

Monday, March 29, 2010

kebaikan susu ibu


Susu ibu mempunyai kandungan lemak, gula, air dan protin yang sempurna untuk tumbesaran bayi. Banyak kandungan yang ada di dalam susu ibu tidak ada di dalam susu lembu.
Bayi lebih senang menghadam susu ibu dari susu formula. Ia mengandungi kurang protin dan protin yang ada juga lebih nutrisi dari susu formula. Susu ibu mengandungi antibodi yang menolong melindungi bayi daripada bakteria dan virus. Antibodi ini juga menolong mereka menentang jangkitan kuman dan penyakit. Bayi yang menyusu susu ibu didapati lebih kurang mendapat jangkitan paru-paru, jangkitan kuman pada pundi kencing, telinga dan juga septicimia.
Tidak ada bayi yang alah kepada susu ibu. Susu ibu sentiasa steril, tidak pernah tercemar atau rosak. Menyusu badan menjimatkan wang. Tidak perlu membeli, menyukat dan membancuh di tengah malam buta.
Menyusu menyebabkan anda lebih rapat dengan bayi kerana sentuhan akan membuatkan bayi merasa nyaman, selamat dan selesa. Menyusu boleh memyebabkan badan anda membakar kalori dengan lebih cepat. Anda senang kembali ke bentuk badan asal. Ia juga menolong rahim mengecil dengan lebih cepat dan mengurangkan pendarahan. Menyusu mengurangkan risiko kanser payudara dan kanser ovari.
Bayi yang menyusu badan lebih sihat. Kurang kadar sembelit dan cirit birit. Bayi kurang risiko untuk menjadi terlalu gemuk.
Menyusu akan menyenangkan ibu. Ia tidak memerlukan rancangan, packing atau alatan menyusu formula.

Khasiat Ikan Kod




Ikan kod merupakan sumber protein terbaik untuk dinikmati. Apa yang menarik, selain membekalkan kandungan protein yang tinggi, ikan kod juga rendah kalori (4 auns hidangan ikan kod membekalkan kira-kira 52.1 peratus protein dengan hanya 119 kalori).
Ia juga membekalkan beberapa nutrisi penting yang lain dan amat bermanfaat kepada kesihatan kardiovaskular anda.
Kajian di Amerika menunjukkan bahawa mereka yang makan ikan kod dengan kerap akan membantu mengurangkan risiko diserang sakit jantung.
Ikan kod kaya dengan kandungan asid omega 3, vitamin B12 dan vitamin B6 yang diperlukan bagi memastikan kadar homocysteine dalam tubuh berada pada tahap rendah.
Ini penting kerana jika kadar homocysteine dalam tubuh tinggi, ia akan memberikan tekanan pada salur darah dan ini akan menyumbang pada serangan sakit jantung.

Cairex EXPO 2010

Sebuah Karvinal kerjaya dan hubungan industri (Cairex Expo 2010) telah berlangsung di Universiti Teknologi Mara (UiTM) pada 16 hinnga 18 Mac 2010 di dewan Sri Budiman dan dewan Annexe.

Karnival yang diadakan kali ketujuh ini melibatkan pameran kerjaya daripada hampir 50 buah organisasi yang ternama di Malaysia. Selain dari itu,sesi temuduga juga diakan bagi para graduan yang ingin mencuba untuk mencari pekerjaan pada hari tersebut.

Karnival yang diuruskan oleh bahagian karier, kerjaya, persatuan pelajar dan alumni ini diadakan adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada para graduan – graduan mencari peluang pekerjaan di organisasi – organisasi yang terpilih di Malaysia.

Selain dari itu juga, para pelajar – pelajar yang berada di semesta akhir digalakan untuk mengikuti sesi program seminar pekerjaan yang dikendalikan oleh para penceramah – penceramah bebas terkenal yang pernah menyertai organisasi – organisasi gergasi ini.

Diantara organisasi – organisasi yang terlibat pada hari tersebut ialah New Strait Time, Maybank Finance Bhd, Jusco Aeon Co. (M) Bhd, Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) dan beberapa organisasi kerajaan yang terlibat di dalam menjayakan karnival ini.

Cairex EXPO 2010

Sebuah Karvinal kerjaya dan hubungan industri (Cairex Expo 2010) telah berlangsung di Universiti Teknologi Mara (UiTM) pada 16 hinnga 18 Mac 2010 di dewan Sri Budiman dan dewan Annexe.

Karnival yang diadakan kali ketujuh ini melibatkan pameran kerjaya daripada hampir 50 buah organisasi yang ternama di Malaysia. Selain dari itu,sesi temuduga juga diakan bagi para graduan yang ingin mencuba untuk mencari pekerjaan pada hari tersebut.

Karnival yang diuruskan oleh bahagian karier, kerjaya, persatuan pelajar dan alumni ini diadakan adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada para graduan – graduan mencari peluang pekerjaan di organisasi – organisasi yang terpilih di Malaysia.

Selain dari itu juga, para pelajar – pelajar yang berada di semesta akhir digalakan untuk mengikuti sesi program seminar pekerjaan yang dikendalikan oleh para penceramah – penceramah bebas terkenal yang pernah menyertai organisasi – organisasi gergasi ini.

Diantara organisasi – organisasi yang terlibat pada hari tersebut ialah New Strait Time, Maybank Finance Bhd, Jusco Aeon Co. (M) Bhd, Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) dan beberapa organisasi kerajaan yang terlibat di dalam menjayakan karnival ini.

I-CITY Sebagai Salah Satu Destinasi Pelancongan


SHAH ALAM – Bandar i – City yang dibina diatas tapak seluas 29.14 hektar itu merupakan salah satu ikon terbaru yang bakal menjadi salah satu destinasi pelancongan yang terhangat di Malaysia.

Bandar futuristik yang direkabentuk oleh arkitek terkemuka dunia, Jon Jerde dari Amerika Syarikat ini telah mengabungkan ruang terbuka, tasik dan seni taman yang menyerupai Silicon Valley di Amerika Syarikat.
Bandar yang menelan belanja sebanyak RM 1.5 billion ini, bakal di kunjungi oleh 30 juta pengunjung setahun yang terdiri daripada dalam dan luar negara .
Menurut Pengarah Eksekutif I-Bhd, Monica Ong memberitahu``Fasa pertama projek ini yang bernilai RM500 juta akan dilancarkan akhir bulan depan dan mengandungi tiga komponen utama iaitu kedai pejabat, pusat jualan runcit dan pusat inovasi.''
Salah satu tarikan yang menarik di sini ialah ‘City Walk’ yang menelan kos sebanyak RM40 juta untuk membangunkan infrastruktur - infrastruktur yang berlandaskan teknologi cahaya dan suara. Apa yang menariknya, ‘City Walk’ dipenuhi oleh limpahan cahaya lampu yang berwarna warni berbentuk pokok – pokok citrus. Terdapat juga laluan pejalan kaki yang mempunyai lantai yang berlampu di bawahnya dengan pelbagai warna, sekali gus membolehkan teknologi dunia ICT diaplikasi.
Selain daripada itu, sebanyak 200 buah kedai pejabat akan dibangunkan di sepanjang laluan dan sekitar kawasan ‘City Walk’ yang terdiri daripada pusat membeli belah, menara-menara korporat serta pejabat-pejabat, hotel-hotel serta apartmen denganperkhidmatan yang memuaskan.
Teknologi merupakan satu komponen tunjang dalam keseluruhan ekosistem, apabila bandar itu siap sepenuhnya. Bandar ini juga bakal dijadikan sebagai salah sebuah tempat yang mempunyai persekitaran kondusif yang merangkumi tiga aspek utama iaitu pendidikan, hiburan dan ICT atupun Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam satu.
Selain daripada itu, terdapat banyak kelebihan yang boleh didapiti dibandar ini. Antaranya ialah pengunjung boleh mengalami kepuasan maksimum dalam melayari internet dimana terdapat perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi dan pantas berukuran 20Mbps. Melauli aplikasi ini pengunjung boleh membeli belah secara online, melekat dan memindahkan fail, menggunakan
komunikasi suara dan mengakses video dengan lebih mudah dan cepat.