Thursday, January 28, 2010

Manusia dan Kecelaruan

1st statement

"Manusia merupakan makhluk ciptaan terbaik oleh ALLAH S.W.T walaupun ia hanya di ciptakan oleh sekepal tanah. Kelebihan yang nyata terletak di akal dan fikirannya. Walaubagaimanapun semakin moden dunia ini, semakin celaru manusia itu".

Comment
Manusia adalah makhluk yang paling sempurna diciptakan oleh Allah S.W.T jika dibandingkan dengan makhluk lain termasuklah Malaikat, Jin, Iblis dan sebagainya. Tetapi kita sendiri sebagai manusia tidak tahu atau tidak kenal akan diri kita sendiri sebagai manusia.
Akal merupakan satu kurniaan Allah S.W.T yang amat tidak ternilai jika di bandingkan dengan kemodenan yang kita ada kini. Oleh itu, manusia telah di suruh untuk menggunakan akal fikirannya supaya ia menjadi seorang manusia yang berfikiran kreatif, inovatif dan di samping itu dapat membantu manusia sejagat lain untuk turut membangun.
Kemodenan yang kian menyusur megikut tali arus perubahan dunia kini telah diterima masuk oleh manusia. Banyak manusia yang kian celaru mengikut arus pemodenan yang kini hanya mementingkan wang, meterial dan keseronokan. Keseronokan yang di cipta oleh manusia sendiri telah membuatkan manusia lain juga turut terpedaya oleh arus pemodenan yang kita kecapi kini.
Kemodenan yang kita peroleh kini sepatutnya di gunakan sehabis baik bagi membantu manusia sejagat yang lain. Bukan untuk menghentam, menindas dan melemahkan manusia yang lebih jauh ketinggalan dari kita. Senjata - sentaja nuklear yang telah dicipta oleh negara barat sendiri telah banyak memusnahkan manusia - manusia yang tidak berdosa. Inikah yang dinamkan arus pemodenan?. Tepuk dada tanya selera.
Manusia yang kejam sendiri telah membuatkan dirinya bercelaru oleh tindakan yang tidak bermoral itu. Akal fikiran dan arus pemodenan yang di kurniakan oleh ALLAH S.W.T seharusnya di gunakan bagi membantu manusia lain yang di dalam kesusahan bukannya menghentam manusia lain.
Oleh itu, manusia kini haruslah sentiasa beringat agar mereka tidak hanya hanyut di telan zaman tetapi menjadi seorang khalifah ALLAH S.W.T yang berguna di muka bumi ini.

Monday, January 25, 2010

200 PROGRAM BARU AKAN DI PERKENALKAN

Universiti Teknologi Mara (UiTM) akan memperkenal 200 program baru di peringkat diploma dan juga ijazah sarjana muda. Kursus – kursus yang ditawarkan ini termasuklah kursus detektif perubatan iaitu kurusus yang tidak pernah ditawarkan oleh mana – mana university tempatan dan program ijazah bekembar.

Program – program seperti itu akan mula ditawarkan pada pengambilan Jun/Julai tahun ini. Selain itu, program ijazah berkembar yang turut ditawarkan pada pengambilan Jun ini akan di cantum pada tahun ketiga atau keempat di dalam pelan pengajian.

Menurut Datuk Professor Ir Dr. Sahol Hamid Abu Bakar, sekiranya universiti masih mengekalkan kursus-kursus yang sedia ada tanpa sebarang perubahan mereka tidak akan dapat mengejar perubahan yang pantas berlaku dalam industri.

Ditanya sama ada program Detektif Perubatan adalah menyerupai program forensik yang ditawarkan oleh universiti – universiti lain, beliau mengulas, program detektif perubatan akan lebih menjurus kepada bidang yang lebih khusus ke arah perubatan. Selama ini memang sudah ada pengajian dalam bidang sains forensik di UiTM, jadi sekarang kita akan pergi lebih jauh dari itu.

Infrastuktur dan kemudahan yang ditawarkan oleh UiTM akan berjalan seperti biasa di mana kita boleh mencari tenaga pengajar yang lebih pakar daripada luar negara. Kita sudah bersedia kerana pada tahun pertama pelajar akan belajar subjek sains tulen dahulu, jadi sudah pasti kita ada masa untuk mendapatkan tenaga pengajar.

Begitu juga dengan program ijazah berkembar, kita mampu menawarkan pada pengambilan Jun ini. Ia mudah sahaja, kurikulum asalnya memang kita, apa yang perlu dilakukan ialah kita cantumkan sahaja pada tahun ketiga atau keempat pelan pengajian.

Konsepnya ialah kita masukkan program kedua itu sebagai elektif. Saya nak bina satu masyarakat yang diterima dengan mudah oleh industri.

Selain itu, tambahan masa pengajian adalah perlu, mungkin program asalnya ialah empat tahun, tapi dalam masa lima tahun pelajar itu akan tamatkan program keduanya serentak.

KARNIVAL KESIHATAN SEMPENA MINGGU KESIHATAN 2010

Bagi memupuk kesedaran orang ramai terutama di kalangan pelajar, Fakulti Farmasi dengan kerjasama Kedai Farmasi UiTM melancarkan Karnival Kesihatan.

Karnival tahunan kali ke-3 tersebut telah berlangsung selama lima hari yang bermula pada 18 januari yang bertemakan “Kesihatan Perancang kerjayaan Anda”.

Karnival ini mendapat sambutan yang menggalakan daripada badan – badan kerajaan dan bukan kerajaan seperti Majlis kanser Negara (MAKNA) dan Agensi Dadah Kebangsaan Negara.

Menurut pengarah program ini, Hafiz , karnival kesihatan tersebut telah diberi pengisian yang bermanfaat seperti taklimat, pemeriksaan kaser, kempen derma darah dan pemeriksaan kesihatan secara percuma.

Menurut Hafiz lagi, karnival ini bertujuan untuk memupuk kesedaran orang ramai mengenai cara – cara awal untuk mencegah wabak Influenza A H1N1 yang kian menular di kalangan masyrakat tanpa disedari.

“Saya berharap agar para pelajar mahupun sesiapa juga yang hadir di sini akan mendapat informasi yang berguna dan paling penting para pengunjung mendapat pendedahan mengenai cara – cara yang betul untuk menjaga kesihatan” katanya.

Tambahnya lagi, terdapat banyak gerai yang di sediakan bagi menarik minat orang ramai terutamanya di kalangan pelajar tentang kepentingan penjagaan kesihatan diri. Diantaranya ialah gerai – gerai kecantikan seperti Avail Beauty, Dina Product dan Optik Anies.

Karnival ini turut menyelitkan aktiviti hiburan diantaranya ialah gerai Astro dimana dua bintang Akademi Fantasia tujuh iaitu Aril dan Akim telah di jemput hadir bagi memeriahkan suasana karnival tersebut.