Monday, January 25, 2010

KARNIVAL KESIHATAN SEMPENA MINGGU KESIHATAN 2010

Bagi memupuk kesedaran orang ramai terutama di kalangan pelajar, Fakulti Farmasi dengan kerjasama Kedai Farmasi UiTM melancarkan Karnival Kesihatan.

Karnival tahunan kali ke-3 tersebut telah berlangsung selama lima hari yang bermula pada 18 januari yang bertemakan “Kesihatan Perancang kerjayaan Anda”.

Karnival ini mendapat sambutan yang menggalakan daripada badan – badan kerajaan dan bukan kerajaan seperti Majlis kanser Negara (MAKNA) dan Agensi Dadah Kebangsaan Negara.

Menurut pengarah program ini, Hafiz , karnival kesihatan tersebut telah diberi pengisian yang bermanfaat seperti taklimat, pemeriksaan kaser, kempen derma darah dan pemeriksaan kesihatan secara percuma.

Menurut Hafiz lagi, karnival ini bertujuan untuk memupuk kesedaran orang ramai mengenai cara – cara awal untuk mencegah wabak Influenza A H1N1 yang kian menular di kalangan masyrakat tanpa disedari.

“Saya berharap agar para pelajar mahupun sesiapa juga yang hadir di sini akan mendapat informasi yang berguna dan paling penting para pengunjung mendapat pendedahan mengenai cara – cara yang betul untuk menjaga kesihatan” katanya.

Tambahnya lagi, terdapat banyak gerai yang di sediakan bagi menarik minat orang ramai terutamanya di kalangan pelajar tentang kepentingan penjagaan kesihatan diri. Diantaranya ialah gerai – gerai kecantikan seperti Avail Beauty, Dina Product dan Optik Anies.

Karnival ini turut menyelitkan aktiviti hiburan diantaranya ialah gerai Astro dimana dua bintang Akademi Fantasia tujuh iaitu Aril dan Akim telah di jemput hadir bagi memeriahkan suasana karnival tersebut.

No comments:

Post a Comment