Wednesday, February 24, 2010

10 Keajaiban Malaysia


Malaysia ialah sebuah negara persekutuan yang terletak di Asia Tenggara. Malaysia mempunyai dua kawasan utama yang terpisah oleh Laut China Selatan iaitu Semenanjung Malaysia dan Sabah Sarawak. Ibu negara Malaysia ialah bandar Kuala Lumpur yang mempunyai penduduk sejumlah 1 juta orang di sekitar Kuala Lumpur. Di Malaysia terdapat 57% kaum Melayu yang merupakan kaum majority di Malaysia, 25% kaum Cina, 7.5% kaum India, 11.8 % kaum Bumiputera yang terdiri dari kaum minoriti di Sabah dan Sarawak dan 1.7% kaum lain – lain. Malaysia mengamalkan cara pemerintahan demokrasi berparlimen di bawah pentadbiran raja berpelembagaan. Malaysia adalah salah satu negara perintis ASEAN.

Malaysia merupakan salah sebuah negara yang termaju di Asia tenggara selepas Singapura. Di sebabkan oleh perkembangan ICT yang luas dan rakyat yang celik IT, Malaysia boleh di klasifikasi sebagai salah sebuah negara yang sedang berkembang dengan pesat untuk mengejar status negara maju di mata dunia. Oleh itu, kini kita boleh melihat sendiri pembangunan yang pesat dan ekonomi yang membangun sehingga Malaysia boleh mengklasifikasikan sendiri khazanah ataupun keajaiban yang ada di bumi Malaysia.


(KLCC), Menara Berkembar PETRONAS, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Koridor Raya Multimedia (Multimedia Super Coridor/MSC). Pembangunan – pembangunan inilah yang mampu membawa Malaysia ke serata dunia yang telah menjadikan Malaysia salah satu negara yang membangun di dunia. Namun, selepas persaraan beliau pada tanggal 31 Oktober 2003, nama Tun Dr Mahathir Mohamad telah terpahat sebagai "Bapa Pemodenan Malaysia". Beliau juga yang digelar sebagai negarawan ulung yang telah menjadikan Malaysia sebuah negara moden, makmur, ceria dan penuh bertenaga. Pada Jun 2005, beliau dianugerahkan sebagai Tun, pangkat kehormatan yang tertinggi di Malaysia. Melalui perkhidmatannya sebagai Perdana Menteri selama 22 tahun, beliau merupakan pemimpin paling lama yang memegang jawatan tersebut di Asia Tenggara sehingga rakyat Malaysia merasakan beliau ialah salah satu manusia yang paling istimewa bukan sahaja di Malaysia malahan juga di mata dunia.

Keajaiban kedua yang terdapat di Malaysia ialah pelbagai kaum yang hidup aman damai yang kini di kenali sebagai ‘Satu Malaysia’. Apa yang menjadikan Malaysia unik adalah di sebabkan kepelbagaian rakyat yang hidup dalam keadaan yang majmuk di Malaysia. Satu Malaysia’ diwujudkan bertujuan untuk menyediakan satu forum yang bebas dan terbuka bagi membincangkan mengenai perkara yang benar-benar dekat di hati kita sebagai satu bangsa. Ia juga turut menyediakan peluang bagi rakyat Malaysia untuk meluah dan menerokai kepelbagaian perspektif tentang masyarakat negara. Matlamat ‘Satu Malaysia’ adalah untuk mengekalkan dan meningkatkan perpaduan di dalam kepelbagaian yang selama ini menjadi kekuatan Malaysia dan kekal sebagai sesuatu yang baik untuk masa hadapan. Rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama, budaya, adat resam dan fahaman politik memerlukan satu misi bagi memajukan negara secara bersama. Konsep ‘Satu Malaysia’ yang diperkenalkan oleh YAB Perdana Menteri adalah langkah yang amat bertepatan dengan suasana dan citarasa rakyat rakyat. Rakyat Malaysia seharusnya berbangga dengan kemakmuran yang telah di kecapi oleh kita, hal ini disebabkan oleh nilai-nilai murni seperti hormat menghormati dan saling mempercayai perlu wujud di kalangan rakyat negara ini. Setiap kaum perlu menghindari perasan curiga dan syak wasangka kerana setiap kaum akan mendapat hak dan peluang yang sama. Setiap kaum bebas mengamal dan menganuti agama, budaya dan adat resam masing-masing di samping kaum yang lain perlu menghormati. Fikiran dan tindakan perlu mengatakan bahawa kita adalah rakyat Malaysia, bangsa Malaysia dan bertekad untuk bersama membangun dan memajukan negara di samping sedia mempertahankan negara daripada sebarang ancaman.

Keajaiban ketiga yang terdapat di Malaysia ialah Proton yang merupakan automobil negara yang pertama di Malaysia. Proton merupakan nama singkatan Perusahaan Automobil Nasional Sdn Bhd. Proton telah di tubuhkan pada7 Mei 1983 dengan modal berbayar sebanyak 150 juta ringgit. Proton merupakan pengeluar kereta pertama Malaysia. Penubuhannya telah di ilahamkan oleh Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, yang memegang jawatan sebagai Perdana Menteri ketika itu. Penubuhan syarikat automobil pertama Malaysia ini adalah bagi mencapai aspirasi negara menuju ke arah perindustrian. Aspirasi ini telah turut disokong oleh Perbadanan Industri Berat Malaysia Berhad (HICOM), serta rakan-rakan usaha sama dari seberang laut iaitu Mitsubishi Motor Cooperation dan Mitsubishi Coorperation Jepun. Kereta pertama yang dikeluarkan oleh proton yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia ialah Proton Saga yang merupakan model pertama syarikat automotif pertama Malaysia iaitu PROTON. Model kerata ini adalah berasaskan model Mitsubishi Lancer Fiore. Ia dibangunkan buat pertama kali di Shah Alam pada bulan September 1985. Proton Saga telah mencapai kejayaan sehinga berjaya terjual sebanyah 100,000 unit pada Januari 1989.


Keajaiban yang keempat ialah Menara Berkembar Petronas yang teletak di Kuala Lumpur. Menara ini pernah menjadi diantara menara yang tertinggi didunia sebelum di atasi oleh Menara Taipei yang terletak di China. Menara berkembar yang mempunyai jumlah tikat iaitu sebanyak 88 tingkat ini telah memegang gelaran bangunan tertinggi dari tahun 1998 hingga 2004. Bangunan ini telah diambil kira sebagai bengunan tertinggi adalah bergamtung dari segi ukuran dari aras pintu masuk utama hingga atas struktur bangunan. Menara yang direka oleh jurubina César Pelli dari Argentina ini, telah siap dibina pada tahun 1998 setelah menelan masa hampir tujuh tahun. Menara ini dibina di atas tapak lumba kuda Kuala Lumpur. Kedalaman batuan dasar menjadikan bangunan ini dibina pada tapak yang paling dalam di dunia. Menara ini dibuat daripada konkrit bertetulang dengan muka bangunan buatan keluli dan kaca yang direka khas bagi menyerupai motif kesenian Islam Malaysia. Terdapat sebuah jambatan yang dikenali sebagai jambatan angkasa yang menyambungkan kedua-dua menara di tingkat 41 dan 42. Jambatan ini merupakan jambatan kedua tertinggi di dunia. Jambatan ini terletak 170 meter (558 ka) dari paras tanah dan panjangnya 58 meter (190 ka), dan beratnya 750 tan (750,000 kg). Jejantas ini juga berperanan sebagai peranti keselamatan, yang mana sekiranya terjadinya kebakaran atau kecemasan. Di bawah bangunan tersebut, terdapat sebuah taman iaitu Taman KLCC seluas 17 ekar (69,000 m²) yang menyediakan tempat untuk orang ramai beriadah . Manakala di tengah – tegah tapak bangunan ini telah dibina sebuah pusat membeli belah yang terkemuka yang dikenali sebagai Suria KLCC. Ia merupakan diantara salah sebuah pusat mebeli-belah yang terbesar di Malaysia yang menyediakan perkhidmatan lima bintang..

Jambatan Pulau Pinang yang merupakan keajaiban kelima di Malaysia terletak di negeri Pulau Pinang. Jambatan Pulau Pinang yang merupakan jambatan yang terpanjang di Asia Tenggara yang berfungsi untuk menghubungkan Semenanjung Malaysia dengan negeri Pulau Pinang yang terletak di Selat Selatan. Jambatan ini juga merupakan jambatan ketiga terpangjang di dunia. Panjang jambatan ini berukuran sebanyak 13.5 kilometer di mana 8.4 kilometer daripadanya adalah merentasi laut. Ia menghubungkan Lebuhraya Jelutong di Bayan Lepas, Pulau Pinang dengan tanah besar semenanjung di Seberang Perai. Kerja pembinaan yang bermula pada tahun 1982 telah siap dibina pada tahun 1985. Pembinaan jambatan yang mengambil masa selama 3 tahun ini telah memakan belanja sebanyak RM 850 juta. Jambatan ini menjadi lambang kebanggaan Malaysia disebabkan pembinaan jambatan ini telah di reka khas oleh anak Malaysia sendiri yang terdiri daripada United Engineers Malaysia Berhad (UEM) . Ia diakui sebagai pencapaian kejuruteraan yang cemerlang di dunia. Hal ini adalah kerana struktur tengahnya yang merupakan antara jambatan kabel-penahan yang terawal di dunia.

Keajaiban kelapan yang harus di banggakan oleh warga Malaysia ialah Dato’ Siti Nurhaliza Taruddin yang merupakan penyanyi negara yang tersohor di dunia. Beliau di lahirkan pada 11 Januari 1979 di Kampung Awah, Temerloh, Pahang. Dato’ Siti Nurhaliza telah memasuki Pertandingan Bintang RTM dan sekali gus telah menyandang gelaran juara pada tahun 1995. Selepas itu, beliau telah di sunting oleh seorang komposer terkenal tanah air iaitu Adnan Abu Hassan sebagai artis rakaman dan bernaung di bawah syarikat Suria Record. Pada tahun 1996 Dato’ Siti Nurhaliza telah mengeluarkan album pertamanya iaitu Siti Nurhaliza yang sekaligus telah berjaya mengangkat nama beliau setelah memenangi Juara Lagu. Pada tahun 1999, Siti telah memperoleh kejayaan antarabangsanya yang pertama di mana Siti telah memenangi anugerah utama iaitu 'Golden Voice' dalam pertandingan 'Festival Muzik Shanghai 1999' di China. Pada tahun yang sama juga, Siti telah memenangi 'Pertandingan Nyanyian Antarabangsa Pasifik Selatan 1999 di Australia di mana Siti telah merangkul gelaran 'Pemenang Pop/Top 40 Kategori Lagu Antarabangsa melalui lagu "We'll Be As One" atau ' Satu Cinta Dua Jiwa'. Lebih membanggakan lagi, beliau juga turut memenangi 'Persembahan Vokal Terbaik Wanita' melalui lagu "We'll Be As One" juga dalam pertandingan yang sama. Siti terus mengharumkan nama negara setelah memenangi pertandingan Voice of Asia di Kazakhstan pada tahun 2002 dengan gelaran 'Grand Prix' iaitu anugerah tertinggi yang diberikan. Dato Siti Nurhaliza bukan sahaja mempunyai nama yang besar di Indonesia, malahan juga mempunyai peminat dari serata Asia seperti Singapura, Brunei, Thailand, China, Taiwan,Jepun dan dari seluruh dunia. Dato Siti Nurhaliza telah menjayakan konsert solo di Royal Albert Hall yang sangat berprestij di kota London pada 1 April 2005. Beliau merupakan satu-satunya penyanyi Malaysia selepas Allahyarham Sudirman Hj Arshad yang pernah mengadakan persembahan di dewan tersebut. Malahan, Siti juga digelar Celine Dion Asia oleh wartawan dan penggemar muzik Asia di London berikutan persembahannya yang memukau dan bertenaga. Sepanjang karier beliau, Dato' Siti Nurhaliza telah dianugerahkan lebih daripada 100 anugerah dari dalam dan luar negara sehingga disenaraikan di dalam The Malaysia Book of Record sebagai pemenang anugerah terbanyak di Malaysia.

Baju Kebaya adalah pakaian tradisional yang dikenakan oleh wanita Melayu yang dibuat dari kain kasa yang dikenakan dengan sarung, batik, atau pakaian tradisional yang lain seperti songket dengan motif warna-warni sekali gus melengkapkan 10 keajaiban di Malaysia. Tapi kini baju kebaya tidak lagi di pakai oleh orang – orang melayu tetapi di terima pakai oleh kaum – kaum lain juga di Malaysia. Sebagai buktinya kaum Baba dan Nyonya telah menggunakan kebaya sebagai pakai tradisi mereka ketika sambutan perayaan Tahun Baru Cina. Kini, kebaya sedang mengalami pembaharuan, dan juga terkenal dalam kalangan wanita bukan asia. Kebaya juga telah digunakan sebagai uniform utama bagi pramugrari Malaysia Airlines yang di kenali sebagai Sarong Kebaya. Rekaan Sarong Kebaya ini telah diperkenalkan pada 1 Mac 1986 yang direka oleh Fakulti Fesyen Universiti Teknologi Mara. Pemakaian kebaya oleh pramugrari Malaysia Airlines sedikit sebanyak telah menawan hati pelancong yang menaiki pesawat ini. Salah seorang tokoh yang memperkenalkan pakaian kebaya di mata dunia ialah Allahyarham Datin Seri Endon Mahmood yang merakamkan buku yang berjudul "The Nyonya Kebaya" yang dihasilkan pada bulan November 2002. Hal ini sekaligus memartabatkan kebaya di mata dunia.