Tuesday, February 2, 2010

Beyonce Knowles Menang Besar



Anugerah Grammy atau Grammy Award (sebelum ini dipanggil the Gramophone Awards) dipersembahkan setiap tahun oleh Akademi Seni dan Sains Rakaman Negara (National Academy of Recording Arts and Sciences, NARAS) Amerika Syarikat untuk pencapaian terbaik dalam industri rakaman. Presiden akademi tersebut ialah Neil Portnow. Ia dianggap sebagai sama taraf dengan Anugerah Akademi dalam bidang perfileman.

BEYONCE, yang dicalonkan di dalam 10 kategori pada Anugerah Grammy ke-52 di Los Angeles semalam, membawa pulang enam trofi termasuk Lagu R&B terbaik menerusi hitnya, Single Ladies (Put a Ring On It).


Lain-lain pemenang yang diiktiraf pada malam anugerah Grammy adalah Taylor Swift, yang mendapat pencalonan kedua terbanyak dalam lapan kategori.

"Ini adalah pencalonan pertama saya di dalam anugerah dan saya sangat teruja," jelas Swift sambil memegang trofi pertamanya untuk anugerah Vokal Wanita Country Terbaik bagi White Horse.


No comments:

Post a Comment